KENYATAAN KETUA PEMUDA UMNO
Ramai bertanya mengapa kepimpinan BN berada di Hotel St Regis bertemu dengan kepimpinan PN?
Sebenarnya pertemuan ini selaras dengan pendirian Dewan Tertinggi BN untuk bersikap terbuka bagi bertemu dan berunding dengan dua parti gabungan terbesar PH dan PN bagi membincangkan mengenai Kerajaan Perpaduan.
Dua hari lepas kepimpinan PH hadir bertemu dengan kepimpinan BN di Hotel Seri Pacific bagi membentangkan terma-terma dan tawaran mereka jika BN bersetuju membentuk Kerajaan Perpaduan bersama mereka.
Kepimpinan PH lebih ‘gentleman’ dan beradab dengan membuat pertemuan secara rasmi dengan 7 orang kepimpinan BN bagi menzahirkan hasrat untuk bekerjasama dengan kepimpinan BN.
Sebaliknya, PN masih dengan perangai lama cuba buat ‘dealing’ secara senyap-senyap dan mencuri 10 Orang Ahli-Ahli Parlimen untuk tanda-tangan Surat Akuan Bersumpah (SD) menyokong Tan Sri Muhyiddin sebagai PM.
Sebab itulah, pertemuan dengan PN yang sepatutnya dijadualkan sejak 2 hari lalu terpaksa ditunda beberapa kali. (Kononnya, PN sudah cukup ‘numbers’, bilangan Ahli-Ahli Parlimen yang menyokong perlantikan Tan Sri Muhyiddin.m sebagai PM.
Hinggalah apabila 10 SD yang ditanda-tangani oleh Ahli-Ahli Parlimen BN ditarik balik atas arahan Dewan Tertinggi BN, barulah mereka menyatakan kesediaan untuk bertemu pada hari ini jam 3.30 petang.
Itupun selepas mereka dititah mengadap YDP Agong kelmarin dan dimaklumkan secara rasmi bahawa Tan Sri sudah tidak cukup bilangan SD yang menyokong.
Apa-apapun malam ini Majlis Kerja Tertinggi akan memperhalusi kedua-dua tawaran PH dan PN sekaligus akan akur dengan Titah Tuanku Agong yang menitahkan agar BN sokong untuk pembentukan Kerajaan Perpaduan.
Cuma persoalannya kenapakah PN begitu bongkak dan sombong untuk menolak Titah Nasihat Tuanku Agong agar dibentuk Kerajaan Perpaduan ya?
#DemiMalaysia
#KestabilanDanKemakmuran