Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Calon PRU15 guna gelaran doktor palsu disiasat


BAGAN SERAI: Kementerian Kesihatan akan menyiasat beberapa calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang menggunakan gelaran ‘doktor’ dalam biodata mereka.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi berkata, penggunaan gelaran doktor tanpa memiliki sijil doktor bertauliah daripada Majlis Perubatan Malaysia  (MMC) merupakan satu kesalahan.

Menurutnya, sekiranya individu itu tidak melengkapkan pengajiannya dan menyelesaikan latihan amali yang ditetapkan serta tiada kelulusan dari MMC, mereka tidak boleh gunakan gelaran doktor.

“Sekiranya gelaran itu digunakan juga, ini mencemarkan gelaran doktor di seluruh negara.

“Isu seperti ini tidak boleh dipandang remeh kerana ini menyebabkan kekeliruan kepada orang ramai.


“Kalau tiada kelulusan yang sebenar, jangan memperdaya orang ramai dengan menggunakan gelaran itu terutamanya calon yang bertanding PRU15, jangan tipu rakyat dengan penggunaan gelaran doktor,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Pondok Daerah Mengundi (PDM) Matang Gerdu di  sini hari ini.

Turut hadir Menteri Agama, Datuk Idris Ahmad.

Terdahulu, tular beberapa poster biodata calon yang  bertanding pada PRU15 daripada dua buah parti  yang menggunakan gelaran doktor.

Ini menyebabkan keraguan dan kebimbangan orang ramai.

 –UTUSAN