Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Dr Mashitah pertama tiba di pusat penamaan calon


ALOR SETAR: Calon Barisan Nasional Dato Dr Mashitah Ibrahim menjadi calon pertama tiba di Pusat Penamaan Calon bagi Parlimen Kuala Kedah di Kompleks Pejabat Daerah dan Tanah Kota Setar, Suka Menanti hari ini.

Ketibaan beliau kira-kira pukul 8 pagi diiringi lebih 200 penyokongnya yang berarak sejauh 100 meter menuju ke kompleks tersebut.


Parlimen Kuala Kedah disandang wakil rakyat PKR Dr Azman Ismail yang menyandang kerusi itu sejak 2013.

Pada PRU15 ini, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menghadapi pertandingan empat penjuru di Kuala Kedah menentang Azman, calon PN dari PAS Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi dan calon GTA yang mempertaruhkan Ketua Penerangan Bersatu Ulya Aqamah Husamudin.

-Tun Carlos