Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Khairy sah bertanding di Sungai Buloh


KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sah bertanding di Parlimen Sungai Buloh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sebelum ini, khabar angin bertiup kencang memandangkan kerusi Parlimen Rembau yang disandangnya diserahkan kepada Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau yang hadir di Dewan Tun Hussein Onn ketika Majlis Pengumuman Calon BN mengesahkan bakal dicalonkan di Parlimen Sungai Buloh.


“Sah, saya tanding P107 Sungai Buloh,” katanya pada majlis Pengumuman Calon Parlimen BN di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) sebentar tadi.

-Sinar Harian