Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Laporan: MIC pertimbang tarik diri dari PRU15


Komponen BN, MIC sedang mempertimbangkan untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15), kata laporan.

Portal Malaysiagazette melaporkan bahawa pucuk pimpinan MIC telah memanggil mesyuarat tergempar Ahli Jawatankuasa Pusat (CWC) yang akan diadakan pagi esok untuk membincangkan kemungkinan menarik diri daripada PRU15 kali ini.


Menurut Malaysiakini, mereka telah menghubungi pucuk pimpinan parti untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai hal ini.

Mesyuarat tergempar dilapor akan diadakan pada jam 10 pagi esok di ibu pejabat parti Kuala Lumpur.

Sebelum ini, MIC dijangka bertanding 10 kerusi parlimen dan tiga kerusi DUN di Perak dan satu DUN di Pahang pada PRU15 ini.

-MalaysiaKini