Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Mungkin dah sampai masa Shahidan bantu PN menang di Perlis


ARAU: Perikatan Nasional (PN) negeri berharap Datuk Seri Shahidan Kassim yang dikatakan gugur sebagai calon Parlimen Arau dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dapat membantu gabungan tersebut.

Dalam masa sama, pengguguran Shahidan juga memberi kelebihan besar kepada PN mencapai kemenangan bukan sahaja di Parlimen Arau malah di seluruh negeri ini.

Pengerusi PN negeri, Mohd. Shukri Ramli berkata, jika benar Shahidan digugurkan ia sememangnya sesuatu yang menyedihkan memandangkan Ketua UMNO Bahagian Arau itu merupakan tokoh yang cukup berpengaruh.

“Bagaimanapun, mungkin sudah sampai masa dia dah dan sudah ketentuan Allah SWT.  Kita harap Shahidan dapat bantu kita (PN) dalam PRU15. 

“Daripada segi politik, jika Shahidan gugur ia memberi kelebihan kepada PN bukan setakat di Arau malah di seluruh Perlis,” katanya.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan, desas-desus nama Shahidan tidak terpilih sebagai calon di Parlimen Arau dalam PRU15 berkemungkinan menjadi kenyataan.

Hal demikian apabila dikatakan semua bilik gerakan Barisan Nasional (BN) di Parlimen Arau telah ditutup selain bendera diturunkan.

Sebelum ini, UMNO Bahagian Arau antara yang terawal membuka bilik gerakan dengan dianggarkan sebanyak 113 bilik gerakan.


“Malam ini malam kesedihan yang teramat sangat. Semua bilik gerakan BN Parlimen Arau telah ditutup dan bendera telah diturunkan Kali pertama dalam sejarah,” katanya Shahidan dalam status Facebooknya.

Menjelang pengumuman calon BN malam ini, nama Shahidan yang juga Ketua UMNO bahagian itu dikatakan gugur sebagai calon bagi Parlimen Arau dalam PRU15.

Sebagai rekod, Shahidan yang sudah lebih 30 dalam tahun dalam politik menguasai Parlimen Arau pada Pilihan Raya Umum 1986,1990,2013 dan 2018 selain pernah menjawat jawatan sebagai Menteri Besar dari 1995 hingga 2008.

Setiap kali PRU sejak 1986, sama ada di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN), Shahidan tidak pernah tewas termasuk ketika berhadapan dengan dua Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Dr. Haron Din dan Datuk Hashim Jasin iaitu pada 2004 (DUN Tambun Tulang), 2013 (Parlimen Arau) dan 2018 (Parlimen Arau). 

– UTUSAN