Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

PRU15: Anwar umum sedia bentuk kerajaan


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa, Pakatan Harapan (PH) yang diketuainya, kini mempunyai majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu.

Beliau berkata, PH sudah mencapai persetujuan dan persefahaman dengan beberapa pihak bagi tujuan berkenaan

Katanya, pakatan itu kini mempunyai majoriti melebihi 111 kerusi Parlimen untuk mengambil alih Kerajaan Persekutuan


"PH parti dari blok terbesar memperoleh jumlah mencukupi untuk membentuk kerajaan dengan suara majoriti.

"Kami mencapai persefahaman dan persetujuan untuk membentuk kerajaan apabila ada perkenan Yang di-Pertuan Agong," katanya pada sidang media, di sini.

Anwar mendakwa, mustahil untuk Perikatan Nasional (PN) membentuk Kerajaan Persekutuan.