Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

PRU15: Pelari solo terkenal, Pak Nasir Abas sokong Dr Mashitah


ALOR SETAR: Pelari solo terkenal, Nasir Abas membuat kejutan apabila turut hadir semasa program 'Lepaq Santai Bersama Anak Muda Kola Kedah' anjuran calon BN P010 Kuala Kedah, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Beliau yang lebih mesra dipanggil Pak Nasir kini berusia 67 tahun kelihatan masih bertenaga dan bersemangat ketika hadir di program tersebut.

Gambar dari Intagram rasmi Dr Mashitah 

"Pada mulanya, saya berhasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kedah ni, tapi bila Barisan Nasional calonkan Ustazah (Dr Mashitah) saya rasa tak perlulah bertanding."

"Saya sokong Ustazah Mashitah sebab latar belakang dia yang baik dan disenangi ramai orang di Kuala Kedah ni." ujarnya.

Pak Nasir sebelum ini pernah mencipta rekod larian solo pada tahun 2002 iaitu dari Rantau Panjang di Kelantan ke Johor Bahru sebelum pulang ke Kedah sejauh 1,754 km pada 1 Ogos hingga 30 Ogos 2002.

Selain itu, beliau pernah melakukan larian sempena Tahun Melawat Sarawak pada 2003 sejauh 2,058km dari Tawau, Sabah ke Kuching di Sarawak dan mencatat rekod Malaysia Book Of Record pada tahun tersebut.


Pada tahun 2018, beliau pada ketika itu berumur 63 tahun juga telah melakukan larian selama 12 hari sejauh 550 kilometer (km) dari Dataran Bandaraya Alor Setar menuju ke Putrajaya.

Sementara itu, ketika ditanya tips untuk mengekalkan kesihatannya, beliau berkata, pengambilan ais perlu dikurangkan dan mengamalkan tabiat pemakanan sihat untuk mengekalkan tenaga.

“Seperti larian sebelum ini, saya turut berzikir sepanjang perjalanan, selain mengamalkan bacaan doa supaya dilindungi Allah,” katanya.

Gambar dari Instagram rasmi Dr Mashitah

Datuk Dr Mashitah Ibrahim yang membuat kemunculan semula pada PRU kali ini bersedia untuk menggalas tanggungjawab itu bagi menyumbang kemenangan di kawasan berkenaan kepada BN.

Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) itu akan ditentang empat calon lelaki di kawasan berkenaan daripada Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Warisan.

-Tun Carlos