Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Warkah terbuka Annuar Musa kepada pemimpin UMNO yang terluka di PRU15


Warkah Terbuka Buat Sahabat Yang Terluka Atau Kecewa.

Assalamualaikum WM WB

Sahabat yang dikasihi,

1. Semoga kalian dalam keadaan yang baik serta sihat walfiat di kawasan masing masing.

2. Kita sedang melalui ujian yang besar, teguhkan pendirian dan mantapkan kekuda perjuangan.

3. Penyingkiran kita bukan perkara yang tidak diduga, kita harus redha, kerana itulah harga untuk kita tegakkan pendirian ketika ada perbezaan pendapat dengan Presiden. Kita ahli-ahli parlimen istiqamah bersama PM, kerana kita YAKIN ITU YANG TERBAIK BUAT PARTI KITA. Kita sering berbeza pendapat dengan Presiden parti kita, akan tetapi kita tidak pernah membelakangkan parti, malah kita istiqamah mempertahankannya, didalam mahupun diluar parlimen.

4. Kita tentu faham ketika kita menongkah arus, menolak kehendak Presiden kita berkali kali. Kita menggagalkan rancangan beliau, kerana kita merasakan cara kita lebih baik, lebih benar buat parti.

5. Siang dan malam kita berkumpul berbincang bilamana ada perbezaan pendapat dan kita sentiasa bersama.

a) Ketika Presiden Kita menandatangani surat kepada SPB YDP Agong dangan menyatakan ahli parlimen bersolidariti, bersetia dan bersetuju Anwar Ibrahim di angkat sebagai PM9. Kita dengan tegas menolak, kerana kita berpegang pada dasar parti dan PAU,  "NO ANWAR NO DAP". Kita tidak salah, kita berbeza pendirian dengan Individu bukan parti.

b) Rancangan mengangkat Anwar yang kita gagalkan itu, berganti pula dengan percubaan menggagalkan belanjawan 2020, sebagai strategi “VOTE OF NO CONFIDENCE” kepada kerajaan dan PM ketika itu, namun kita sekali lagi bersolidariti dan meluluskan setiap undian yang mencemaskan di Dewan Rakyat.

c) Apabila 15 sahabat MP kita tiba tiba menarik sokongan dan ingin menjatuhkan PM8 dan kita diarah oleh Presiden melalui SUA untuk berbuat perkara yang sama, kita memilih cara yg lain untuk menyelamatkan parti kita dan sebaliknya kita mengikhtiarkan permuafakatan yang mengangkat DSIS sbg PM9, kita tidak salah.

6. Kita tentu ingat bagaimana kita berusaha siang dan malam untuk menyelamatkan parti kita.

7. Banyak lagi perkara dan peristiwa bagaimana kita Ahli Parlimen dan PM berperanan dan berusaha untuk membawa UMNO, BN kemana kita berada hari ini dan kita tidak salah.

8. Namun tindakan kita tentunya tidak disenangi Presiden namun kita yang telah berjaya menyelamatkan parti kita. Saya faham pendirian kita telah membawa kepada fitnah bertubi tubi kononnya kita tidak setia, kita besar kepala, kita lupa kerana telah dapat jawatan, kita Pro PPBM, kita Pro PAS dll cercaan. Sedih dan pilu bila humbanan tuduhan menjadi semacam satu ejekan, namun kita harus redha, kita tidak salah.

9. Pernahkah kita bayangkan dimana parti kita hari ini, kalau kita telah memusuhi parti parti yang pernah menghulur tangan membantu kita? Dimana kita jika Warkah kepada SPB YDP Agong supaya mengangangkat Anwar menjadi PM, kita ia kan?. Apa telah jadi kepada parti kita jika kerajaan terbubar, saat pandemik Covid19 masih melanda dan rakyat marah kepada “politicking” berterusan?, fikir fikirkanlah.


10. Kita ahli ahli parlimen beristiqamah bersama YAB PM dan MP yang menyokong kerajaan, menjaga permuafakatan, ketika api kebencian terus menerus dinyalakan. Kita lakukan demi menjaga maslahah parti kita.

Alhamdulillah kita berjaya, dan kejayaan menjadikan parti kita turut berkuasa dalam pemerintahan. Ini tidak di senangi oleh sebilangan orang, mungkin yang mula memikirkan pemilihan tahun depan, yang memikirkan kedudukan.

11. Jelas pembubaran parlimen yang mahu disegerakan, telah diambil kesempatan. Kita digugurkan, dengan cara yg seolah olah tiada perlembagaan, tiada peraturan, jauh sama sekali tali persahabatan.

12. Saya faham kalian marah dan kecewa dengan cara kalian di layan, tetapi bersabarlah.

13. Kita bertindak bukan sendirian, tetapi hasil pemikiran mendalam dan telah membuahkan hasil dan kekuatan kepada BN. Kita harus berbangga kerana mempertahankan kebenaran.

14. Jangan tinggalkan perjuangan walau kita di aibkan dan jangan membakar jambatan kerana perjalanan masih panjang dihadapan.

15. Marah jangan dibalas marah, hutang darah tak perlu di bayar darah. Perjuangan kita lebih besar dari itu. Baluti luka hati dengan iman dan kesabaran seorang pejuang.

16. Kembalilah memimpin anak dan adik adik kita yg bertatih. Pulihkan jentera yang berduka. Jika tidak berupaya memenangkan, setidaknya jangan mengalahkan. Parti perlu di dahulukan.

17)TERUSKAN SEMANGAT MUAFAKAT DAN PERPADUAN. TOLAK KEANGKUHAN DAN KESOMBONGAN. JANGAN JADIKAN PARTI PERISAI BADAN MELINDUNGI KECURANGAN. AMANAH RAKYAT JANGAN SIA SIAKAN DAN CURANG.

18)Terima seadanya soal pencalonan dengan kesabaran. Rapatkan semula saf dan terus berjuang.

TSAM
Ketua UMNO Bahagian Ketereh
Presiden MN Malaysia