Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Annuar nafi daftar NGO Muafakat Nasional pada 2019, dedah penglibatan seorang Hamba Allah


BEKAS Setiausaha Agong UMNO, Tan Sri Annuar Musa menafikan bahawa beliau mendaftar sebuah NGO bernama Muafakat Nasional pada 19 September 2019, lebih kurang seminggu selepas UMNO dan PAS menubuhan Muafakat Nasional. 

Sebelum ini pelbagai persoalan mengenai apakah agenda beliau menubuhkan NGO tersebut sehingga menyebabkan PAS dan UMNO tidak dapat mendaftarkan nama Muafakat Nasional di Pertubuhan Pendaftar (RoS). 

Menjawab satu posting di akaun Facebook milik Tun Carlos, bekas Menteri Wilayah itu menafikan sepenuhnya terlibat mendaftarkan NGO tersebut pada tahun 2019.

sumber: FB Tun Carlos


"Untuk makluman saudara, bukan saya yang mendaftarkan MN (NGO), malah saya tidak tahu pun MN ada pendaftaran."

"Hanya dua tahun kemudian,seorang hamba Allah dari Batu Pahat memaklumkan kpd saya semasa saya di Kementerian Wilayah Persekutuan."

"Dengan izin beliau, kini MN diaktifkan. Jadi tidak perlulah di reka-reka cerita. Lagipun lagipun MN ini sebuah NGO." ulas Annuar.



Minggu lalu, MKT UMNO telah membuat keputusan memecat Annuar dari UMNO bersama dua lagi Ketua Wanita Bahagian.

Pada Ahad, Annuar telah melancarkan pendaftaran ahli untuk menyertai NGO tersebut. 

Menurut beliau, setelah beberapa jam NGO teesebut telah mendapat pendaftaran lebih dari 10,000 orang.

Sumber: FB TunCarlos