Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Batu Puteh: Anwar arah Peguam Negara runding semula tuntutan dengan Singapura




PUTRAJAYA: Kerajaan meminta Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun mengadakan rundingan dengan Kerajaan Singapura membabitkan kontroversi tuntutan terhadap Pulau Batu Puteh.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mesyuarat Kabinet hari ini sudah meminta Idrus meneliti semula dan mengkaji isu berbangkit terhadap pulau yang kini sudah diserahkan kepada negara jiran itu oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebelum ini.


Menurut beliau, langkah itu supaya rundingan lebih bermakna dan segera dapat dijalankan dengan Singapura.

“Kita minta Peguam Negara memberi penjelasan mengenai kontroversi tuntutan Batu Puteh yang sekarang sudah dipindahkan ke Singapura oleh ICJ dan kesan sampingannya.

“Kerajaan juga meminta supaya (ia) diteliti semula dikaji supaya ada rundingan yang lebih bermakna dan segera dengan Singapura supaya tidak ada masalah berbangkit dengan hubungan dua negara sahabat,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet, di sini, hari ini. 

– UTUSAN