Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Balai Polis di Bandung dibom, dua maut (video)


JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia memaklumkan, sekurang-kurangnya dua orang maut dan sejumlah yang lain cedera selepas suspek pengganas bersenjatakan pisau meletupkan dirinya sejurus selepas memasuki sebuah balai polis di Bandung.

Ketua Biro Penerangan Awam Polis Indonesia, Ahmad Ramadhan, berkata polis Bandung kini bekerjasama dengan unit anti pengganas bagi menyiasat kes itu.

Pegawai agensi anti pengganas Indonesia (BNPT), Ibnu Suhendra, memberitahu Metro TV bahawa Jamaah Ansharut Daulah (JAD), yang dipengaruhi fahaman Daesh, disyaki menjadi dalang serangan terbabit.

Jurucakap polis Jawa Barat, Ibrahim Tompo, memberitahu wartawan Metro TV, serangan itu menyebabkan suspek dan seorang pegawai terbunuh selain mencederakan lapan pegawai serta seorang orang awam.

Siaran televisyen menunjukkan balai polis yang musnah, dengan serpihan bangunan berselerakan dan asap berkepul dari lokasi letupan.


Serangan pengganas semakin meningkat di negara dengan majoriti penduduk Islam paling ramai di dunia itu sejak kebelakangan ini, termasuk menyasarkan gereja, balai polis dan lokasi kerap dikunjungi pelancong asing.

Dalam usaha untuk membanteras pengganas, Indonesia meluluskan undang-undang lebih tegas bagi memerangi pengganas selepas beberapa siri pengeboman berani mati dikaitkan dengan JAD. 





video:


– REUTERS