Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Dividen ASB tahun 2022 diumum hari ini


KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) bakal mengumumkan kadar dividen bagi Amanah Saham Bumiputera sekitar jam 11 pagi ini.

Difahamkan, tiada sidang media dilakukan sebaliknya pengumuman tersebut hanya menerusi kenyataan media.

Pada tahun lalu, anak syarikat kepada Permodalan Nasional Bhd (PNB) itu mengumumkan jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit untuk ASB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.



Ia merangkumi pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan bonus sebanyak 0.75 sen seunit, dengan pembayaran pengagihan pendapatan sebanyak RM8.9 bilion yang memanfaatkan 10.4 juta pemegang unit ASB.

ASNB adalah syarikat pengurusan unit amanah PNB yang mengurus 17 dana unit amanah dengan unit dalam edaran (UIC) melebihi 280 bilion dan lebih 15 juta akaun.

-Awani