Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Empat anggota polis terlibat kes samun dan cabul ditahan

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun 

KOTA BHARU - Empat anggota polis masing-masing tiga berpangkat konstabel dan seorang koperal ditahan bagi membantu siasatan kes samun dan cabul pada Rabu.

Kesemua suspek berusia antara 22 hingga 28 tahun ditahan susulan pengadu membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Bunga, Tanah Merah pada Rabu jam 11.24 malam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, menurut maklumat, mangsa mengenali tiga daripada suspek yang masuk ke rumahnya.


Menurut beliau, siasatan awal mendapati suspek berusia 25 tahun merupakan suspek utama terlibat jenayah itu.

"Mangsa juga mendakwa dicabul oleh salah seorang suspek.

"Ujian saringan air kencing kesemua suspek didapati negatif dadah," katanya di sini pada Sabtu.

Muhamad Zaki memberitahu, siasatan lanjut akan dijalankan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan 354 Kanun Keseksaan.

-Sinar