Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Mukhriz tak puas hati, komentar Sinar Harian didakwa mengeji Tun M


KENYATAAN MUKHRIZ MAHATHIR

Sebagai sebuah agensi media, tentunya akhbar Sinar Harian berpegang kepada etika kewartawanan untuk mempertahankan hak bersuara. 

Namun, keputusan sidang ridaksinya untuk menyiarkan komentar Awang Paku Serpih hari ini sangat biadap, yang menunjukkan sifat terlalu tidak sopan terhadap Tun Dr Mahathir bin Mohamad. 

Umum mengetahui bahawa Tun Mahathir sentiasa berlapang dada dalam menerima kritikan yang dilemparkan terhadapnya, baik sepanjang beliau berjawatan sebagai Perdana Menteri sebanyak dua kali, mahupun semasa tidak lagi berjawatan dalam Kerajaan. Beliau menerima baik apa jua kritikan tanpa perlu mengeji pihak yang mengkritik. 

Sesungguhnya jasa dan bakti beliau kepada negara, walaupun ada yang cuba menafikan, melayakkan beliau untuk mengeluarkan komen, nasihat mahupun kritikan terhadap sesiapapun, lebih-lebih lagi jika dilakukan untuk kebaikan umum. 


Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 yang menyaksikan kekalahan teruk semua calon-calon Parti Pejuang Tanahair yang mewakili Gerakan Tanah Air, termasuk Tun Mahathir sendiri, tidak sedikit pun melenyapkan jasa dan bakti beliau sepanjang tempoh khidmatnya dalam Kerajaan. 

Kalaupun hendak melindungi YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dari kritikan, akhbar seperti Sinar Harian seharusnya mengamalkan tatasusila yang baik dalam editorialnya.

sumber: FB Mukhriz Mahathir