Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

PM Anwar saman Ahli Parlimen Kuala Terengganu pula


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman terhadap Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah bahawa beliau berbohong menerima gaji RM1 ketika menjadi Penasihat Ekonomi Selangor.

Anwar, 75, selaku plaintif memfailkan saman itu pada Khamis menerusi Tetuan S N Nair & Partners di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dengan menamakan Ahmad Amzad sebagai defendan tunggal.

Peguam Datuk S N Nair, yang mewakili Anwar ketika dihubungi berkata saman itu difailkan pada jam 3.59 petang Khamis.


Dalam pernyataan tuntutan, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu mendakwa pada 7 Disember lepas, defendan telah membuat beberapa kenyataan kepada sekumpulan pelanggan semasa menjamu selera di sebuah restoran.

Dakwa Presiden PKR itu, kenyataan terbabit telah diterbitkan semula di aplikasi TikTok di bawah nama @nelly3868 pada hari sama (7 Disember) dan mendapat tontonan melebihi 4,980 kali, 62 komen, 116 butang "like”, 18 butang "favourite” dan 50 kali perkongsian serta boleh diakses sehingga kini.

-Sinar