Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

PM Anwar saman Muhyiddin


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kenyataan yang mendakwa Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menerima bayaran RM15 juta sebagai penasihat ekonomi Selangor.

Anwar, 75, selaku plaintif memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa melalui firma guamannya, SN Nair & Partners dengan menamakan Muhyiddin, 75, sebagai defendan tunggal.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mendakwa kenyataan tersebut dibuat oleh Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) ketika ceramah 'Grand Finale PN Padang Serai' di Taman Selasih, Kulim pada 5 Disember lalu.


Menerusi dokumen yang diperoleh, Anwar berkata, ucapan ketika berucap bagi menyokong calon PN, Datuk Azman Nasruddin, telah menyinggung perasaannya.

Ia kemudiannya diterbitkan dalam aplikasi TikTok melalui akaun di bawah nama @beritakini8 yang mendapat 1.1 juta kali tontonan, 6,061 komen, 21,400 butang ‘like’, 1,360 ’favourite’, dan 2,169 perkongsian.

sumber: Sinar