HARI INI JUMPA BOSSKU DI MAHKAMAH
Alhamdulillah dapat berbual lama dengan Bossku di Mahkamah. Kebetulan kami berdua datang awal. Perbicaraan pula hanya bermula jam 10.15 pagi.
Saya mulakan dengan bertanya khabar, “are you ok?” Bossku amat ceria dan bersemangat walaupun nampak susut sedikit. Dia tidak dibenarkan menggunakan handphone.
Bossku mengikuti perkembangan di luar melalui surat khabar. Dia dapat surat khabar sehari lewat. Bermakna dia dapat cerita yang sudah basi dua hari.
Kami berdua berbincang isu ekonomi dan isu semasa termasuk barisan kabinet Kerajaan Perpaduan. Dia berpesan, ingatkan ahli UMNO agar istiqomah, jangan risau dan bangkit semula.
Melihat wajah Bossku yang segar, saya yakin Bossku akan kembali dan meneruskan perjuangan murni ini. Melihat gelagat saksi hari ini, amat wajar semakan kehakiman tahun hadapan di buat secara “online streaming”.
sumber: FB DrPuad Zarkashi