Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Sah, Johari Abdul dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat baru


KUALA LUMPUR: Bekas ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu menggantikan Tan Sri Azhar Azizan.

Proses pengundian yang dibuat melalui kertas undi menyaksikan Johari memperoleh 147 undi, sementara calon mewakili blok pembangkang Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad memperoleh 74 undi.

Sebelum itu, Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin memaklumkan dua cadangan nama tersebut yang masing-masing dikemukakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin pada 5 Disember lalu.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun (Pakatan Harapan) mencadangkan Johari mewakili kerajaan dan disokong Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Sementara itu, Hamzah yang juga Ketua Pembangkang mencadangkan bekas Menteri Dalam Negeri, Radzi sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat dan disokong Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.


Johari kemudian mengangkat sumpah sebagai Speaker Dewan Rakyat yang baharu.

Johari berkhidmat sebagai ahli Parlimen Sungai Petani selama tiga penggal, namun tidak menyertai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sebaliknya digantikan anaknya, Dr Mohammed Taufiq yang menjadi satu-satunya wakil Pakatan Harapan (PH) menang di Kedah.

Pada 2 Disember lalu, Tan Sri Azhar Azizan Harun dilapor mengosongkan kedudukannya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat sebelum Parlimen bersidang.

-Awani