Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Syamsul Yusof saman JAWI sebanyak RM10 juta


Perkongsian pengarah terkenal, Syamsul Yusof menjadi perhatian apabila memaklumkan akan memfailkan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sebanyak RM10 juta kerana mengeluarkan satu kenyataan fitnah terhadapnya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Syamsul berkata dia mahu mengambil tindakan undang-undang susulan pihak Jawi didakwa mengeluarkan satu kenyataan fitnah terhadap keluarganya bahawa dia sudah berkahwin lagi.

Memetik Harian Metro, Syamsul berkata lagi Jawi sudah memberi maklumat tidak benar itu kepada ahli keluarganya sedangkan ia tidak benar dan palsu.

Status media sosial Syamsul Yusof tarik perhatian, mahu saman pihak ini RM10 juta


“Perkara itu juga adalah dokumen rasmi kerajaan. Saya anggap saya perlu ambil tindakan ini untuk menyaman Jawi sebanyak RM10 juta. Setakat ini, itu yang boleh saya katakan dulu,” katanya

Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai rumah tangga Syamsul dengan isterinya pelakon Puteri Sarah Liyana berhadapan dengan kemelut rumah tangga atas dakwaan kehadiran orang ketiga dikenali Ira Kazar




-Tuncarlos