Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tiga mangsa tercampak ketika bermain di Fun Fair dekat Eco Grandeur (video)


PUNCAK ALAM: Diberitakan seramai tiga orang mangsa telah cedera akibat tercampak ketika bermain permainan di tapak Fun Fair berdekatan Eco Grandeur di sini.

Gambar tragedi di tempat kejadian telah dikongsi oleh sebuah akaun Facebook bernama Mua Faeezah Pija sebentar tadi.

"Dah ada kes sebentar tadi ya Allahuakbar scary sangat ni. Please closed!!! Don’t operate! Very dangerous to everyone." tulisnya di Facebook. 



Tiada kehilangan jiwa dilaporkan setakat ini. Mangsa-mangsa yang terlibat difahamkan mengalami cedera dan juga ada yang kelihatan parah.

Sementara itu, pemilik Facebook AkhrimNizar Shamsuddin telah memuatnaik video ketika saat-saat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira pukul 8.50 malam.

Siasatan awal mendapati mangsa melibatkan seorang kanak-kanak dan dua wanita di kawasan permainan ‘Sotong Ride’. Kesemua mangsa dikejarkan ke Hospital Shah Alam untuk menerima rawatan lanjut

video:






-Tun Carlos