Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tiga pekerja maut dalam pembetung dekat Cyberjaya


PUTRAJAYA: Tiga pekerja kontrak pemasangan kabel telekomunikasi warga Indonesia meninggal dunia akibat lemas dalam lubang pembetung kabel bawah tanah di Taman Sains Selangor 2, Cyberjaya, dekat sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), Selangor Datuk Norazam Khamis, berkata menurut laporan awal, mangsa pekerja kontrak pemasangan kabel sebuah syarikat komunikasi itu pengsan dalam lubang pembetung dengan kedalaman lima meter ketika melakukan kerja pemasangan kabel.

"Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya) menerima panggilan kecemasan pada jam 3.17 petang sebelum kekuatan lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan di sini.


Katanya, kesemua mangsa berjaya dikeluarkan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan Kementerian kesihatan (KKM).

Beliau berkata semua mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Serdang untuk bedah siasat dan kes diserahkan kapada polis untuk tindakan susulan.




-- BERNAMA