JAKARTA: Seorang wanita tidak mempunyai pilihan lain selain memilih perceraian sebagai jalan terakhir dengan suaminya.
Hati Norma Rismala hancur remuk tatkala rumah tangga yang dibina dikhianati ibu kandung dan suami yang bermain api di belakangnya, lapor Suara.com.
Menurut pengakuan Norma, suami dan ibu kandungnya telah ditangkap basah dalam keadaan kedua-duanya tanpa berpakaian oleh penduduk setempat di dalam bilik rumah sewa.
Apabila ditanya kenapa tidak berpakaian, ibunya memberi alasan kerana panas.
Sehingga kini, Norma masih trauma akibat hubungan intim bekas suami dengan ibu kandungnya sendiri.
Norma mengaku akibat peristiwa itu dia menjadi lebih penakut, terutamanya ketika seseorang mengetuk pintu rumahnya atau mendengar bunyi motosikal seperti milik bekas suaminya.
“Sejak kejadian itu, aku jadi perempuan penakut sekarang.
“Kalau ada yang ketuk pintu, aku terus gementar. Kalau ada bunyi motor melalui depan rumah aku juga ketakutan,” katanya dalam akaun TikTok.
Jantung Norma bahkan kerap berdegup kencang setiap kali berbelanja di kedai bekas suaminya bekerja.
Norma kebingungan sama ada trauma yang dihadapi boleh diubati atau sebaliknya.
Jujurnya, dia sangat merindukan dirinya yang dahulu ketika belum tersakiti akibat pengkhianatan suami dan ibu kandungnya.
video:
video curahan hati isteri:
-Utusan