Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Whatsapp hentikan servis di telefon pintar mulai 1 Januari 2023 (Senarai penuh)


Tiada lagi WhatsApp di telefon mulai 1 Januari. Perkhidmatan aplikasi pesanan popular, WhatsApp akan berhenti berfungsi pada jutaan telefon pintar versi ‘lama’ bermula tahun depan.

Lapor Daily Mail mereka yang mempunyai model iPhone dan Android yang lebih lama tidak lagi boleh menggunakan aplikasi itu selepas 31 Disember tanpa mendapat kemaskini.

WhatsApp akan berhenti berfungsi pada 49 jenama telefon termasuk iPhone 5 atau 5c bersama beberapa model Huawei, LG dan Samsung.

Walau bagaimanapun, pengguna telefon tersebut akan menerima amaran oleh WhatsApp sebelum ia berhenti berfungsi.

“Peranti dan perisian sering berubah, jadi kami kerap menyemak sistem pengendalian yang kami sokong dan membuat kemas kini. 

Peranti ini juga mungkin tidak mempunyai kemas kini keselamatan terkini atau mungkin tidak mempunyai fungsi yang diperlukan untuk menjalankan WhatsApp.

“Untuk memilih menghentikan sokongan setiap tahun, kami seperti syarikat teknologi lain, melihat peranti dan perisian mana yang tertua dan mempunyai bilangan pengguna paling sedikit yang masih menggunakannya,” jelas kenyataan aplikasi itu.

Pengguna boleh mengemas kini sistem pengendalian mereka pada telefon pintar jenis iPhone atau peranti lain dengan memasuki ‘tetapan umum’ dan memilih ‘kemaskini perisian’.


Jika peranti pengguna tidak dapat menjalankan perisian yang sudah dikemas kini, bermakna mereka perlu menukar telefon pintar kepada versi yang lebih terkini untuk terus menikmati perkhidmatan sistem pesanan WhatsApp.

Senarai penuh jenama smartfon yang tidak dapat menggunakan Whatsapp pada 31 December:

Apple iPhone 5
Apple iPhone 5c
Archos 53 Platinum
Grand S Flex ZTE
Grand X Quad V987 ZTE
HTC Desire 500
Huawei Ascend D
Huawei Ascend D1
Huawei Ascend D2
Huawei Ascend G740
Huawei Ascend Mate
Huawei Ascend P1
Quad XL
Lenovo A820
LG Enact
LG Lucid 2
LG Optimus 4X HD
LG Optimus F3
LG Optimus F3Q
LG Optimus F5
LG Optimus F6
LG Optimus F7
LG Optimus L2 II
LG Optimus L3 II
LG Optimus L3 II Dual
LG Optimus L4 II
LG Optimus L4 II Dual
LG Optimus L5
LG Optimus L5 Dual
LG Optimus L5 II
LG Optimus L7
LG Optimus L7 II
LG Optimus L7 II Dual
LG Optimus Nitro HD
Memo ZTE V956
Samsung Galaxy Ace 2
Samsung Galaxy Core
Samsung Galaxy S2
Samsung Galaxy S3 mini
Samsung Galaxy Trend II
Samsung Galaxy Trend Lite
Samsung Galaxy Xcover 2
Sony Xperia Arc S
Sony Xperia miro
Sony Xperia Neo L
Wiko Cink Five
Wiko Darknight ZT