Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Zakar budak 10 tahun terpaksa disambung semula, terputus ketika berkhatan


Seorang kanak-kanak lelaki di Cerenti, wilayah Riau mengalami detik cemas dalam hidupnya apabila bahagian hujung zakarnya terputus ketika sedang menjalani proses bersunat, lapor laman berita Okezone semalam.

Kanak-kanak berusia 10 tahun itu dikatakan menyertai acara bersunat beramai-ramai di sebuah klinik swasta pada 18 Disember lalu.

“Kami sempat merawatnya namun, disebabkan keadaannya yang agak teruk, kanak-kanak itu dirujuk ke Hospital Daerah Arifin Achmad Pekanbaru,” kata Pengarah Hospital Daerah Taluk Kuantan, Kuansing Irvan Husen.

Menurut maklumat, pemilik klinik tersebut melakukan proses menyunat kanak-kanak dengan bantuan beberapa kakitangan kesihatan.


Ketika mengkhatan mangsa, mereka secara tidak sengaja terpotong bahagian hujung kemaluan mangsa sehingga putus yang menyebabkan aktiviti bersunat beramai-ramai itu dihentikan serta-merta.

Dalam pada itu, Ketua Persatuan Khitan Indonesia, Dr. Darsono berkata, zakar yang putus dapat disambung semula namun, ia perlu dilakukan sekurang-kurangnya enam jam selepas ia putus.

“Jika lebih dari enam jam, tisu bahagian tersebut kebiasaannya sudah mati,” katanya.

-Kompas