Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Aduan tak pertanding "Top 2", Ahmad Maslan dan peguam bertemu ROS


Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan bersama barisan peguam parti itu akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dalam waktu terdekat.

Ahli Parlimen Pontian itu mendakwa peguam Umno telah pun menjelaskan bahawa pengerusi tetap Badruddin Amiruldin telah meluluskan cadangan usul itu mengikut Fasal 21.1 Perlembagaan Umno.

Tambahnya, usul itu telah diberikan masa untuk dibincangkan sebelum diundi.

"Sekiranya perwakilan tidak bersetuju dengan pindaan itu, perwakilan boleh bangun untuk menyatakan ketidaksetujuan.

"Namun begitu, ketika pengundian dijalankan ada beberapa puluh orang saja perwakilan yang angkat tangan / bangun untuk menyatakan ketidaksetujuan.

"Maka, usul pindaan itu sudah pun menjadi ketetapan PAU dan ia telah menjadi suatu perintah atau dasar parti yang perlu dituruti oleh setiap ahli Umno," katanya.

Dia bagaimanapun enggan mengulas sama ada aduan dua ahli Umno itu kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) adalah mematuhi norma parti.

Pada 14 Jan lalu, Perhimpunan Agung Umno 2022 meluluskan usul agar dua jawatan tertinggi parti itu tidak dipertandingkan dalam pemilihan akan datang.

Usul berkenaan dicadangkan perwakilan Rembau Mohd Shukei Samsudin pada 13 Jan, yang mengemukakannya sebagai usul tambahan semasa membahaskan ucapan dasar presiden.

Walaupun ramai yang bangkit menyokong, cadangan itu menimbulkan rasa kurang senang di kalangan beberapa perwakilan.

Semalam, dua ahli Umno memfailkan notis bantahan kepada ROS berhubung usul yang diluluskan pada perhimpunan agung Umno itu.

Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan bersama barisan peguam parti itu akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dalam waktu terdekat.

Ahmad berkata, pertemuan itu bagi membuat penjelasan berhubung proses Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022.

Ahli Parlimen Pontian itu berkata, Peraturan 2.1 Persidangan Umno menetapkan jika ada berbangkit sebarang masalah ketika persidangan, maka Pengerusi Tetap berkuasa membuat keputusan muktamad.


"Pemberian kuasa kepada Pengerusi Tetap ini adalah bagi memastikan perjalanan PAU adalah teratur namun tidaklah terlalu mengikat perwakilan kerana matlamat perhimpunan agung membincangkan dan memutuskan isu-isu berkenaan dasar parti seperti mana diperuntukkan di bawah Fasal 8.3.1 Perlembagaan Umno," katanya kepada Berita Harian.

Dia ditanya tindakan dua ahli Umno mendesak ROS meneliti laporan persidangan PAU 2022 mengandungi usul tambahan berkaitan jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertanding pada pemilihan akan datang, yang didakwa bertentangan dengan perlembagaan parti.

Semalam aduan kepada ROS di buat ahli Umno Bahagian Kuala Nerus, Muhammad Aizat Fikri Mohd Nasir dan ahli Umno Negeri Sembilan, Muhammad Fiqri Firdaus Muhammad Rom.

Mereka mendakwa usul berkenaan adalah tidak sah dan bertentangan dengan perlembagaan Umno serta peraturan persidangan bahagian serta cawangan.


-Malaysiakini