Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Asyraf Wajdi umum tak bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO


KUALA LUMPUR – Datuk Asyraf Wajdi Dusuki hari ini mengumumkan tidak akan mempertahakan kerusi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada pemilihan akan datang.

“Saya mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan saya selaku Ketua Pemuda UMNO.

“Saya mengambil tanggungjawab ini untuk kita pastikan bahtera kita akan kembali kuat dan dinakhodai oleh orang yang boleh membawa idea-idea segar dan baharu,” katanya dalam dalam ucapan penangguhan Perhimpunan Agung UMNO (PAU2022) di peringkat sayap pemuda, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Antarabangsa hari ini.

Asyraf diangkat menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada 2018 dengan mendapat 65 undi diikuti Senator Khairul Azwan Harun (62), Mohd. Shahar Abdullah (51) dan hanya dua undi untuk Datuk Seri Jamal Yunos.


Sebelum PRU14, beliau menjawat jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Pengerusi Biro Agama Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.

Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Biro Perhubungan NGO-GCOC UMNO Malaysia dan juga Panel Penasihat Skuad An-Nur Pergerakan Wanita UMNO Malaysia. 

– MalaysiaGazette