Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Bas ekspress bawa 44 penumpang dari Johor terbakar di plaza tol (video)


KUALA LUMPUR - Seramai 44 penumpang berdepan detik cemas selepas bas persiaran dinaiki mereka mengalami kebakaran di Plaza Tol UPM, Serdang.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.19 pagi, pada Ahad.

"Sebuah bas persiaran dari Johor Bharu menghala ke Kuala Lumpur mengalami kebakaran 100 peratus.


"Bagaimanapun, seramai 44 penumpang dan pemandu bas terbabit berjaya menyelamatkan diri," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.

Beliau berkata, kebakaran turut menyebabkan bumbung pondok tol terbakar 10 peratus.

"Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya. 

video:



- Awani