Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

BIADAP: Kit Siang, Yadim, Majlis Ulama UMNO kutuk tindakan bakar Al-Quran


Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menyatakan sokongan penuh kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengutuk tindakan membakar al-Quran oleh ahli politik pelampau kanan Sweden-Denmark, Rasmus Paludan.

Ketua Pegawai Eksekutif Yadim Tuan Kamarul Arief Tuan Soh berkata kemarahan dan kekecewaan rakyat Malaysia terutamanya penduduk majoriti Islam berikutan insiden itu adalah wajar.

“Kami percaya sikap biadab berkenaan tidak melambangkan budaya dan kepercayaan majoriti rakyat Sweden yang lain. Tindakan ini seharusnya dihentikan segera untuk mengelak keadaan menjadi lebih buruk.

“Selain mengadakan bantahan menerusi saluran diplomatik, Yadim percaya bahawa ajaran Islam dan al-Quran mesti disebarkan bukan sahaja di dunia Islam semata-mata,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tuan Kamarul berkata mesej ke arah belas kasihan, rahmah dan kasih sayang serta budi bahasa yang terdapat dan selalu ditegaskan dalam al-Quran mesti ditegakkan serta sebarang percubaan untuk mengundang kebencian dan keganasan atas alasan kebebasan dan hak asasi manusia tidak boleh dibenarkan.

Sementara itu, veteran DAP Lim Kit Siang (gambar, atas) berkata tindakan Paludan bukan sahaja satu perbuatan yang mencemarkan kitab suci agama Islam tetapi juga satu bentuk ucapan kebencian yang tidak dapat diterima sebagai ‘kebebasan bersuara’ dalam mana-mana masyarakat bertamadun.

“Pembakaran kitab suci agama Islam adalah satu bentuk Islamofobia yang jelas namun pada masa yang sama tindakan mengada-adakan Islamofobia dengan tidak adanya fenomena ini untuk menimbulkan kebencian dan syak wasangka juga merupakan satu perkara yang tidak bermoral, tidak bertanggungjawab dan jahat,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Anwar dilaporkan bukan sahaja mengutuk sekeras-kerasnya tindakan itu malah menggesa kerajaan Sweden supaya mengambil tindakan segera ke atas pelaku perbuatan keji itu selain memastikan langkah drastik di masa depan untuk menangani peningkatan Islamofobia yang membimbangkan di negara itu.

Majlis Ulama Umno mengecam sekeras-kerasnya perlakuan ekstrem bersifat Islamfobik dengan membakar kitab suci al-Quran yang boleh mencetuskan tindakan provokasi dan tindak balas keganasan.

Pengerusinya, Dusuki Ahmad, berkata, penghinaan terhadap mana-mana agama ditolak oleh masyarakat dunia kerana ia akan mencetuskan pertembungan sesama manusia.


"Penghinaan terhadap mana-mana agama ditolak oleh masyarakat dunia kerana ia mencetuskan pertembungan sesama manusia.

"Ia juga jelas bertentangan dengan etika kemasyarakatan yang menghormati hak asasi manusia untuk mengamalkan agama anutan mereka.

Pada 21 Jan lalu, pemimpin parti politik sayap kanan Denmark, Denmark Hard Line, Rasmus Paludan (gambar, bawah) menyertai bantahan di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm, bertindak membakar al-Quran dengan pemetik api.


Dia bersama kira-kira 100 orang yang berhimpun itu berbuat demikian selepas Turkiye dilaporkan membantah keanggotaan penyertaan Sweden dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO)

Tahun lepas juga Paludan pernah melakukan aksi bermain dengan Al-Quran dan melambung seperti bola ragbi sehingga terkoyak.

-Bernama

video bakar Quran:

video baling Quran seperti bola:


- Bernama