Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Bunuh kanak-kanak 4 tahun, pasangan kekasih didakwa (video)


BATU PAHAT - Pasangan kekasih dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di Felda Semenchu, Teluk Sengat Kota Tinggi pada Disember lalu.

Mohamad Izwan Mahmood, 25, dan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Zubaidah Mahat dan tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh secara bersama dengan niat telah membunuh seorang kanak-kanak lelaki dengan panggilan Luqman.

Perbuatan itu dilakukan antara jam 8 pagi hingga 2 petang pada 10 sehingga 23 Disember lalu.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hayatul Wirdah Mohd Yunos, kedua-dua tertuduh yang merupakan kenalan kakak mangsa tidak diwakili peguam.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 22 Februari ini.

Sementara itu, kakak mangsa, Nurul Natashah Danial@Zainal, 19 didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan menganiaya dan menyebabkan Lokman mengalami kecederaan fizikal di Jalan Kampung Sri Pantai, Senggarang, Batu Pahat, antara 10 pagi hingga 10 malam pada November hingga Disember lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Hayatul Wirdah Mohd Yunos manakala tertuduh diwakili peguam, Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Tan Song Yan.


Hayatul Wirdah memohon mahkamah memberikan satu tarikh kepada Song Yan untuk mengemukakan permohonan jamin di Mahkamah Sesyen.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 12 Januari ini bagi Mahkamah Sesyen mendengar permohonan jamin dan sebutan semula serta serahan dokumen pada 26 Januari.

Pada 26 Disember lalu, seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail (HSI), selepas pengsan di sebuah rumah di Senggarang.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat dilapor mengesahkan punca kematian kanak-kanak malang itu akibat hentakan objek keras dan tumpul.

video: