Wisma Jakel tiga tingkat di Seksyen 7 Shah Alam, musnah dalam kebakaran pada pagi Ahad/ 1 Januari 2023.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.19 pagi.
Jelasnya, sebanyak tujuh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dari Shah Alam, Kota Anggerik, Subang, Kota Raja, Damansara, Sungai Pinang dan Puchong digerakkan ke lokasi kejadian.
"Seramai 38 pegawai dan anggota dari tujuh BBP kemudiannya ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan media pada Ahad/ 1 Januari 2023.
Norazam berkata, kebakaran 80 peratus itu melibatkan bahagian dalaman satu lot kedai tiga tingkat berkenaan.
Beliau memberitahu, kerja-kerja pemadaman sedang dijalankan setakat ini, namun tidak membabitkan sebarang kemalangan dan kehilangan nyawa.
"Pada masa ini, bomba sedang berusaha mengawal api daripada timbunan kain yang terbakar," katanya.
Sumber Foto : Twitter Orang Awam dan Bomba