Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

"Moga kedua-dua isteriku tenang" -Syamsul Yusof


Kuala Lumpur: "Morning! (Selamat pagi) Moga kedua-dua isteriku tenang dan banyakkan bersabar. Doakan yang baik-baik,".

Ini yang dimuat naik pengarah terkenal, Syamsul Yusof di Instagram, hari ini.

Bersama kenyataan ini, pengarah terbabit turut memuat naik gambar perkahwinannya dengan Puteri Sarah Liyana dan isteri terbarunya, Ira Kazar.


Ia adalah perkongsian hantaran pertama Syamsul selepas membuat pengumuman mengenai perkahwinan keduanya Jumaat lalu yang menjadi bualan hangat dan mengundang kecaman masyarakat.

Malah, ibu bapanya iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail turut terkesan dengan apa yang berlaku.

Terdahulu, Jumaat lalu Syamsul akhirnya mengesahkan dia sudah bernikah dengan Ira yang juga anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi.

-Sinar