Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Najib hantar petisyen ke PBB, bebas atau bicara semula


KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bertindak memfailkan petisyen Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari Bawah Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNWGAD) di Geneva selepas yakin hukuman terhadap dirinya dilakukan secara tergesa-gesa dan tiada pengadilan. 

Najib dalam petisyen itu telah memohon pembebasan atau perbicaraan semula selepas mendakwa wujudnya ‘kecacatan’ dalam penghakiman pada peringkat Mahkamah Persekutuan hari ini.

Dalam satu sidang media tergempar petang ini, peguam utama yang mewakili Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendedahkan petisyen itu telah dihantar dalam tempoh kurang dari 72 jam sebelum ianya didedahkan kepada umum.

“Najib telah menggunakan alternatif ini bagi dirinya untuk mendapat pengadilan dalam proses kehakiman di negara ini.

“Beliau telah meminta panel yang terdiri daripada lima pakar keadilan antarabangsa memutuskan penolakan rayuan oleh Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos 2022 adalah tidak adil, cacat dan melanggar asas manusia hak selain pelanggaran Perlembagaan Persekutuan.

“Prosiding Mahkamah Persekutuan telah gagal memberi peluang munasabah untuk menghujahkan kesnya dan menafikan peguamnya masa yang mencukupi untuk membuat persediaan sewajarnya sebaliknya mahkamah menolak serta menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap beliau

"Kita langsung tidak boleh nafikan bahawa secara dasarnya, Najib telah dihantar ke penjara tanpa peluang membela diri di Mahkamah Persekutuan. Pada proses rayuan itu, barisan peguam tidak diberikan masa secukupnya untuk membawa berpuluh-puluh ribu muka surat kertas rayuan atau untuk menyelesaikan 94 alasan rayuan yang difailkan oleh peguamnya sebelum ini,” katanya hari ini.


Muhammad Shafee berkata, kemungkinan besar UNWGAD akan mendengar rayuan itu terdiri daripada lima hakim hak asasi manusia yang terkenal dalam masa terdekat. 

Untuk makluman 23 Ogos tahun lepas, Mahkamah Rayuan telah menolak rayuan Najib untuk membatalkan hukuman penjara 12 tahun dalam kes rasuah SRC International bernilai RM42 juta.

Pada masa ini Najib kini sedang menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang. 

-MalaysiaGazettee