KENYATAAN KETUA PENERANGAN UMNO:
Dakwaan KJ ini tidak benar. Saya ada dalam Dewan Merdeka sekarang, tidak ada perwakilan import seperti dituduh atau difitnah KJ.
KJ pastinya tahu, setiap perwakilan di dalam Dewan Merdeka yang mewakili bahagian masing-masing kenal sesama sendiri yang duduk di barisan kerusi mereka atau siapa yang duduk di sebelah mereka.
Jika ada orang yang mereka tidak kenal atau tidak sepatutnya berada di situ, mereka akan tahu dan pemeriksa-pemeriksa pas pun akan tahu.
Saya saran dengan segala hormatnya supaya KJ datang sendiri ke Dewan Merdeka sekarang dan tunjuk mana satu perwakilan import yang didakwanya tersebut.
Jika tidak, saya harap KJ dapat meminta maaf kepada semua perwakilan-perwakilan UMNO di sini kerana telah menuduh mereka diimport.
Dan perlu minta maaf kepada pemeriksa-pemeriksa pas dan skuad sabil Pemuda kerana telah menfitnah mereka tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka.
Fitnah itu lebih teruk dari membunuh. Salam.
sumber: FB Isham Jalil