Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Puncak Menara PNB 118 diceroboh lagi sekumpulan warga asing (video)


KUALA LUMPUR: Puncak menara tertinggi di Malaysia yang masih dalam pembinaan, Merdeka 118 ataupun PNB 118, sekali lagi menjadi sasaran pencerobohan warga asing untuk mencipta kandungan di media sosial bagi menarik perhatian peminat.

Selepas diceroboh pasangan dari Russia pada bulan lalu, terbaharu puncak menara terbabit diceroboh kumpulan pencipta kandungan YouTube, Driftershoots, yang berkongsi video 'pencerobohan' mereka yang didakwa dilakukan pada 30 Disember lalu.

Video selama 7 minit 18 saat itu memaparkan kumpulan terbabit, terdiri daripada sekurang-kurangnya empat individu, termasuk dua daripada mereka dikaburkan muka, menyelinap ke tapak bangunan itu dengan memakai jaket seperti pekerja binaan.

Mereka kemudian memotong jaring keselamatan yang digunakan untuk menutup laluan masuk ke puncak menara, sebelum memanjat bangunan itu menuju ke puncak.

Video itu juga memuatkan adegan mereka "meraikan" kejayaan selepas menawan Menara 118 di bilik hotel mereka.

Dalam penerangan video itu, kumpulan itu berkata bahawa pendakian berkenaan "memakan masa, sukar dan penuh dengan cabaran."

"Beberapa percubaan telah berakhir dengan ada individu dipenjarakan, jadi kami sedar yang kami berdepan risiko besar.

"Ini berakhir dengan jayanya. Ia adalah satu hadiah untuk mengakhiri tahun 2022 dengan menunjukkan rakaman tersebut," dakwa kumpulan itu.


Mereka mendakwa tindakan memanjat menara itu hanyalah 'luahan artistik kebebasan yang dilakukan demi cinta", dan bukan untuk menggalakkan sesiapa meniru semula tindakan yang dipaparkan.

Bulan lalu, pasangan Rusia Angela Nikolau dan Ivan Beerkus, menceroboh dan menawan puncak menara kedua tertinggi di dunia itu.

Nikolau dalam perkongsian di Twitter, mendakwa menyamar sebagai pekerja binaan yang bertudung ketika menyelinap masuk bangunan itu, sebelum memanjat selepas pekerja pulang. Namun, cara Beerkus sampai ke puncak tidak disebutkan.

video: