Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Seks dengan suami anak, ibu tampil mohon maaf (video)


Ibu kepada seorang wanita di Indonesia yang didakwa curang dengan menantunya sendiri akhirnya membuat permohonan maaf dan mengakui kesalahannya yang telah memusnahkan hubungan kekeluargaan, lapor akhbar Radar Solo.

Berdasarkan tangkap layar pesanan ringkas dalam aplikasi WhatsApp yang tular di media sosial, wanita berkenaan berkata, selepas kejadian itu didedahkan, dia dibenci oleh ramai orang.

“Semenjak berita ini (kecurangan) tular di media sosial, seluruh keluarga kita sudah musnah.

“Mama sangat malu. Biarkan mama mati sahaja agar kamu bahagia. Mama tidak kuat, kamu ialah satu-satunya anak mama,” demikian menurut kata-kata wanita tersebut.

Dia bagaimanapun mengingatkan anak perempuannya, Norma Risma agar tetap berbakti kepada dirinya kerana dia yang telah melahirkan wanita itu.

“Bagaimanapun kesalahan ibu bapa, saya tetap ibu kandung kamu. Syurga di telapak kaki ibu,” katanya.


Kisah mengenai kecurangan wanita tersebut dengan menantu lelakinya, Rozy Zay dibongkorkan Norma sendiri menerusi pendedahannya di laman TikTok baru-baru ini.

Norma berkata, ibu dan bekas suaminya bahkan pernah ditangkap sedang berdua-duaan di rumah sewa mereka oleh orang ramai.

Disebabkan kejadian itu, Norma dan Rozy dikhabarkan telah bercerai selain bapanya juga telah menceraikan ibunya.

Tangkap layar whatsapp ibunya

video wajah ibu Norma Risma

video: