Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Terkurung 5 hari dalam kontena, remaja lelaki bingung kini berada di Malaysia


Seorang remaja Bangladesh bernama Fahim mendakwa sedang berehat dan kemudian tertidur di dalam sebuah kontena semasa berada disebuah depoh di Chittagong dan tidak sedar semasa proses kontena itu dikunci.

Kontena dibuka kembali di Dermaga 7, Westports, Selasa lalu.

VIDEO KEJADIAN:

Berikut laporan lengkap kes:

Assalamualaikum dan selamat malam tuan,

*LAPORAN PEMERIKSAAN KONTENA DISYAKI TERDAPAT STOWAWAY DI ATAS KAPAL MV INTEGRA*

Tarikh : 17/1/2023
Masa : 2000hrs
Lokasi : Dermaga 7, Westports.
Pegawai yang terlibat :         Supt. Abdul Halid
DSP/PB Murali Raj
Insp/PB Mohd Helmi
Sjn/PB Muhammad Afif

*KETERANGAN KES*

1. Kapal MV Integra merapat ke dermaga 7 Westports pada jam lebih kurang 1930hrs. Agensi kerajaan yang hadir didermaga adalah Polis Marin, Imigresen, Pejabat Kesihatan.

2. Sebanyak 6 buah kontena telah dibawa turun. Semua kontena tersebut telah diperiksa. Kontena yang dikenalpasti yang mempunyai individu didalamnya adalah bernombor TEMU00502422G1. Kontena tersebut adalah berstatus empty. 

3. Hasil pemeriksaan telah mendapati 1 x remaja lelaki tanpa dokumen pengenalan diri menggelarkan dirinya sebagai Fahim. Disyaki adalah berbangsa Rohingya atau Bangladesh setelah hasil daripada temubual oleh pekerja warga Bangladesh daripada Syarikat Baiduri Dimensi. Dimaklumkan oleh remaja berkenaan bahawa dia sedang berehat dan tertidur didalam kontena (terbuka) tersebut semasa berada disebuah depoh di Chittagong dan tidak sedar semasa proses kontena itu dikunci.  
      
                                                           
4. Pemeriksaan kesihatan telah dijalankan oleh petugas kesihatan dan mendapati remaja berkenaan demam dan diarahkan untuk membuat pemeriksaan lanjut ke hospital. Pihak Imigresen memaklumkan bahawa setelah selesai urusan pemeriksaan kesihatan, remaja berkenaan perlu dinaikkan semula ke atas kapal untuk dibawa pulang semula ke Pelabuhan asal iaitu Chittagong. Kes adalah dibawah bidangkuasa Imigresen. Hasil siasatan tiada unsur2 jenayah berkaitan kes ini. Ejen kapal akan menguruskan kebajikan remaja tersebut. 

5. Kapal akan merapat semula ke dermaga Westports pada 19/1/2023 bagi tujuan operasi.

Sekian untuk makluman tuan/kapt.
Terima kasih.