Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Termometer tersangkut dalam zakar budak 12 tahun


SEORANG kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun di Chengdu, China dikejarkan ke hospital selepas sebatang termometer berada di dalam zakarnya, lapor akhbar Metro UK

Dia mengalami kesakitan yang teruk selepas termometer itu ‘tertanam’ selama sembilan jam.

Imbasan X-ray memaparkan kedudukan termometer itu berada jauh di dalam saluran kencing sehingga mencecah pundi kencing pesakit.


Kes yang disiarkan dalam Asian Journal of Surgery itu mendedahkan bahawa doktor-doktor  di Hospital Rakyat Pertama Daerah Longquanyi bimbang untuk melakukan prosedur menarik termometer itu keluar kerana berisiko menyebabkan komplikasi lanjut.

Mereka memutuskan untuk melakukan pembedahan laparoskopi kerana bimbang tindakan menarik termometer itu akan merosakkan organ pesakit.

Pengarang utama laporan itu, Dr. Changxing Ke menyalahkan ‘perasaan ingin tahu’ berhubung  kejadian itu. 

– Agensi