Tun M bingung ahli UMNO kekalkan pimpinan tertinggi
KE MANA UMNO?
1. UMNO adalah parti Melayu yang mengalahkan Malayan Union dan memerdekakan Malaya.
2. UMNO jugalah parti Melayu yang membangunkan negara sehingga digelar Harimau Asia.
3. UMNO menang pilihan raya dan dapat mendirikan Kerajaan dengan lebih dari dua pertiga kerusi di dewan rakyat.
4. UMNO biasa menang sehingga 109 kerusi dalam dewan.
5. Tetapi hari ini, dalam PRU 15 UMNO menang hanya 26 kerusi. Jumlah kerusi menurun dari 109 kepada 79, naik sedikit kepada 88, tetapi pada PRU 14 turun kepada 54.
6. Pada PRU 15 UMNO cuma dapat 26, kurang separuh berbanding PRU 14.
7. Kenapakah sepanjang masa prestasi UMNO menurun. Sebabnya ialah kerana Presiden UMNO tidak pegang kepada asas perjuangan UMNO iaitu berjuang untuk bangsa, negara dan agama.
8. Dato’ Seri Abdullah (sekarang Tun) menjadikan UMNO sebagai parti keluarga. Tingkat empat guna UMNO sebagai alat untuk kepentingan diri. Walaupun pada PRU 11 UMNO menang besar, tetapi apabila Abdullah utamakan keluarga, BN kalah 5 buah negeri. UMNO hanya menang 79 kerusi – 30 kurang dari 2004.
9. Pemimpin UMNO bertukar. Sebelum skandal 1MDB, UMNO pulih sedikit dengan kemenangan 88 kerusi dalam PRU 13.
10. Tetapi apabila Najib tubuh 1MDB dan seleweng duit serta salah guna kuasa, menjadi wang tunai sebagai raja pun tidak berjaya menarik sokongan orang Melayu. UMNO hanya dapat 54 kerusi.
11. Zahid Hamidi mengambil alih sebagai Presiden UMNO. Tetapi Zahid juga hadapi caj rasuah di mahkamah dan sedang dibicara.
12. Walaupun UMNO menang di Melaka dan Johor tetapi dalam PRU 15 UMNO cuma dapat 26 kerusi.
13. Perjuangan Zahid tertumpu kepada kemungkinan dia didapati bersalah. Walaupun sebelum PRU UMNO dakwa menolak Anwar dan DAP, tetapi untuk menyelamat dirinya, Zahid sanggup bekerjasama dengan Anwar dan DAP.
14. Anwar terima UMNO dan BN untuk mendapat 30 wakil rakyat BN. Zahid diberi jawatan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri.
15. Kita akan lihat sama ada Anwar akan selamatkan Zahid dari dibicara atau tidak. Apakah reformasi Anwar termasuk “The Rule of Law”.
16. Zahid takut kalau dia tidak jadi Timbalan Perdana Menteri dia akan didapati bersalah. Sebab itu ia tidak benar pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dalam mesyuarat agong UMNO.
17. Dengan itu UMNO terus dikuasai oleh Presiden yang sedang dibicara kerana rasuah. Besar kemungkinan dalam PRU kerusi UMNO merosot lagi.
18. Penurunan prestasi UMNO disebabkan Presiden-Presiden yang menyeleweng. Perlembagaan UMNO memperuntukkan ahli menukar pemimpin. Tetapi ahli UMNO ternampak bersedia mengekalkan pemimpin yang sedang dicaj pun.
19. Sekarang Presiden UMNO sedang hadapi caj.
20. Apakah ahli UMNO akan terus sokong UMNO??
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD
18 Januari 2023