Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Bekas model Playboy bunuh bekas 'sugardaddy'


San Francisco: Model, Kelsey Turner yang pernah tampil dalam majalah Playboy didakwa membunuh pakar psikiatri kanak-kanak, Thomas Burchard iaitu bekas 'sugar daddynya'.

Mirror UK melaporkan, kematian Thomas Burchard, 69, terbongkar selepas orang awam ternampak sebuah Mercedes-Benz terbiar di laluan 147 berhampiran Lake Mead, di luar Las Vegas, Amerika Syarikat (AS).

Tingkap Mercedes-Benz itu pecah seperti ada seseorang sudah membaling batu ke kenderaan berkenaan.

Orang yang lalu lalang kemudian melaporkan penemuan kenderaan itu kepada polis yang menghidu bau busuk sebaik tiba di lokasi kejadian.

Polis melihat ke dalam but dan menjumpai mayat lelaki dikenal pasti sebagai Thomas dalam keadaan sudah reput dan ditutupi dengan selimut serta tuala.

Lebih menguatkan andaian mayat itu adalah Thomas apabila teman wanitanya, Judy Earp, 17, sebelum ini melaporkan kehilangan lelaki itu kepada polis.


Judy membuat laporan polis kerana sebelum itu, Thomas memberitahunya akan ke Las Vegas pada 1 Mac 2019, namun tidak pulang pada 4 Mac seperti yang dirancang.

Thomas sempat memberitahu Judy yang dia ke situ (Las Vegas) kerana mahu menyiasat selepas mendapati Turner, 25, menipunya.

Menurut Thomas, dia nekad untuk tidak lagi menanggung wanita itu selepas dua tahun berbuat demikian.

Judy memberitahu polis yang dia percaya Turner tahu apa yang berlaku kepada Thomas.

Hasil siasatan mendapati Thomas dipukul di sekeliling kepala dengan alat tumpul, kemungkinan kayu besbol.

Polis mengesan kenderaan itu adalah milik Turner, sebelum pergi ke rumahnya, namun mendapati wanita itu sudah tiada bersama teman lelaki, Jon Kennison, dan rakan serumah mereka, Diana Pena.

Polis percaya Thomas dipukul di rumah sewa yang dibayarnya dengan harga AS$3,500 (kira-kira RM15,661) dan dibiarkan reput di dalam kereta.

Turner kemudian ditahan bersama Kennison dan Pena, dan mereka didakwa kerana terbabit dalam pembunuhan mangsa.

Kennison dihukum penjara 45 tahun, manakala Pena yang bersubahat dengan jenayah itu dijatuhi hukuman tempoh percubaan apabila memberi keterangan sebagai saksi.

Turner, baru-baru ini, sudah mengaku salah dan masih menanti hukuman.

video:

-Harianmetro