Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Beri kontrak kepada menantu, Anwar balas penafian Muhyiddin


KUALA LUMPUR: Dakwaan bekas perdana menteri, Muhyiddin Yassin memberi kontrak lumayan kepada menantunya tidak akan mendapat perhatian “jika tidak benar”, kata Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, perdana menteri berkata, beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa berkenaan menyiasat perkara itu sedalamnya dan menghantar laporan siasatan.

“Saya tidak fikir perkara ini dihebahkan sedemikian rupa jika tidak benar. Ada kebenarannya, namun sejauh mana kita tidak tahu. Tunggu laporan.


“Tujuan kita untuk stop this (hentikan ini). Mana-mana menteri tidak boleh kayakan anak atau menantu dia,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis rasminya.

Kelmarin, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh, menafikan terlibat dalam pemberian kontrak bernilai berbilion ringgit yang didakwa diberikan kepada menantu lelakinya, ketika berkuasa di Putrajaya.

Muhyiddin berkata, sewaktu menjadi perdana menteri, beliau sama sekali tidak terlibat dalam proses penganugerahan kontrak Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) kepada IRIS Corporation Berhad yang dijalankan secara tender terbuka.