Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Ibu tunggal dan 2 anak perempuan dicekup, berkhalwat bersama 2 lelaki


JASIN - Seorang wanita berstatus ibu tunggal bersama dua anak perempuannya ditahan kerana disyaki berkhalwat dengan dua lelaki di rumah mereka di Lipat Kajang, di sini pada malam Jumaat.

Kejadian berlaku di rumah tiga beranak tersebut di Lipat Kajang, Jasin pada malam Jumaat.

Wanita berusia 49 tahun itu bersama dua anaknya, berusia 19 dan 20 ditahan selepas menerima aduan awam.

Pengarah JAIM berkata, pihaknya menunggu sekitar 15 minit untuk tiga beranak itu membuka pintu sebelum menemui dua lelaki yang tiada hubungan mahram.

"Pemeriksaan yang dilakukan dalam rumah itu terdapat dua lelaki yang tiada hubungan mahram bersama mereka.

"Mereka memberi alasan saudara jauh kepada tiga beranak itu dan dibenarkan wanita yang bekerja di sebuah syarikat kontraktor untuk tinggal bersama," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.


"Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara sehingga 24 bulan atau kedua-duanya sekali.

"Kejayaan ini juga adalah hasil kerjasama daripada orang awam dan ahli Rakan Setiaku JAIM (Raseim) yang menyalurkan maklumat dan membantu pihak JAIM dalam mengekang aktiviti tidak bermoral dan maksiat," katanya.

Semua disiasat mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman mendatangkan syak.

Sumber: Sinar Harian