Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Laporan 147 Ketua Wanita UMNO sokong Shahrizat tidak benar


Seorang pemimpin Wanita Umno menggesa ahli pergerakan itu untuk merenung kembali perjalanan mereka, sama ada untuk maju atau mundur.

Gesaa itu hadir susulan spekulasi terdapat usaha agar bekas menteri Shahrizat Abdul Jalil kembali menerajui sayap Wanita Umno.

Menerusi Facebook, Pengarah Komunikasi Wanita BN Rosni Zahari berkata dia mendapati tidak ada kebenaran dalam laporan bahawa 147 ketua Wanita Umno bahagian telah memberikan sokongan kepada Shahrizat untuk bertanding sekali lagi jawatan ketua Wanita Umno.

Rosni Zahari

Saya selaku orang lama dalam exco Wanita Umno Malaysia telah membuat penyiasatan dan kajian terhadap kenyataan tersebut yang ternyata tidak benar sama sekali.

"Rata rata mereka menyatakan kegusaran mereka mengenai keharmonian, kedamaian dan setia kawan dalam parti terutama dalam keadaan Umno tengah nazak.

"Wanita Umno mahukan kestabilan dalam membina kekuatan dan mengembalikan keyakinan rakyat kepada asas perjuangan parti Umno," katanya.

Haryaty Hamdzah


Dia mengulas kenyataan Ketua Wanita Umno Kota Melaka Haryaty Hamdzah yang dilaporkan berkata majoriti ketua bahagian sayap itu dalam pertemuan dengan Shahrizat baru-baru ini menggesa bekas menteri itu kembali sebagai ketua mereka.

Haryaty dilaporkan berkata Shahrizat telah meninggalkan banyak kejayaan sebagai sebahagian daripada legasi dan reputasinya sebagai menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat pertama.


Rosni bagaimanapun berkata dia telah bersama empat ketua Wanita Umno, masing-masing dengan gaya kepimpinan masing-masing, termasuk pengganti Shahrizat, Menteri Pengajian Tinggi Noraini Ahmad.

“Noraini diangkat menjadi Ketua Wanita Umno Malaysia pada masa Umno sangat lemah, tiada kuasa dan tiada wang ringgit apatah lagi harta.

"Tidak sama kepimpinan terdahulu yang semuanya ada. Jadi adalah tidak adil kepada Noraini jika ada sesiapa nak samakan beliau dengan kepimpinan yang terdahulu.

"Dalam pada (situasi) sukar pun Noraini cuba buat yang terbaik dalam mengarus perdanakan Wanita Umno semampu mungkin," tambahnya.

Justeru, dia mengingatkan pemimpin Wanita Umno supaya tidak terkeluar daripada sebarang agenda yang berpotensi memusnahkan parti.