Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Seorang calon Ketua Pemuda UMNO dipanggil Lembaga Disiplin


LEMBAGA disiplin Umno akan memanggil Datuk Armand Azha Abu Hanifah pada 23 Februari ini.

Menurut sumber dalaman Umno, Ketua Umno Bahagian Subang itu akan diminta menjelaskan beberapa tindakannya yang telah melanggar disiplin parti sebelum ini.

Katanya, sebarang keputusan menggantung keahlian atau memecat Armand akan meragut peluangnya bertanding sebagai Ketua Pemuda Umno dalam pemilihan parti itu, Mac ini.

Datuk Armand Azha Abu Hanifah

“Armand akan dipanggil Lembaga Disiplin Umno 23 Februari ini kerana beberapa pelanggaran disiplin parti terutamanya yang melibatkan tataetika sebagai calon bertanding untuk pemilihan Umno.


“Gantung atau pecat akan menyebabkan dia hilang peluang bertanding dalam sebarang jawatan dalam Umno,” kata sumber itu.

Bagaimanapun sumber tersebut tidak memperincikan kesalahan yang telah dilakukan Armand sehingga menyebabkan beliau dipanggil lembaga disiplin Umno.

Setelah dihubungi, Armand mengesahkan bahawa beliau dipanggil Lembaga Disiplin. 

Ketika Perhimpunan Umno (PAU) 2022, Armand dikatakan kononnya tidak sehaluan dengan Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Walaupun begitu tiada rekod kenyataan dari Armand yang menyerang parti mahupun menggesa Presiden meletakkan jawatan seperti yang dilakukan pemimpin-pemimpin yang telah dikenakan tindakan.

Untuk rekod, Armand adalah individu pertama yang mengumunkan untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia dalam pemilihan UMNO nanti. 

-Malaysiapost/TunCarlos