Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan tak ikut protokol -Maimun


Mahkamah Persekutuan memutuskan siasatan SPRM terhadap seorang hakim yang memutuskan sabitan dan hukuman terhadap bekas perdana menteri Najib Razak dibuat tanpa mengikut protokol.

Panel tujuh hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara memutuskan SPRM menjalankan siasatan terhadap hakim Mahkamah Rayuan Mohd Nazlan Mohd Ghazali tanpa berunding dengannya terlebih dahulu.

Panel hakim dibarisi Presiden Mahkamah Rayuan Abang Iskandar Abang Hashim, Hakim Besar Malaya Mohamad Zabidin Mohd Diah serta empat hakim Mahkamah Persekutuan P Nallini, Vernon Ong Lam Kiat, Harmindar Singh Dhaliwal dan Rhodzariah Bujang.

Ketika membacakan pemerhatian panel hakim, Tengku Maimun membangkitkan persoalan masa siasatan tersebut diuar-uarkan, iaitu, sebelum rayuan Najib dalam kes SRC di Mahkamah Persekutuan tahun lalu.

Keputusan hari ini berhubung rujukan persoalan undang-undang berkaitan saman terhadap SPRM berhubung siasatannya ke atas Nazlan.


Ketika membacakan penghakiman ringkas hari ini, Tengku Maimun berkata sementara Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada badan siasatan jenayah seperti SPRM untuk menyiasat hakim serta membolehkan Pendakwa Raya memulakan prosiding di mahkamah jenayah terhadap hakim tersebut, kuasa itu perlu dilaksanakan dengan niat baik dan dalam kes tulen.

Katanya, ia penting bagi menjamin badan kehakiman dapat menjalankan tanggungjawab secara bebas dan tanpa pengaruh luar.

"Dengan mengambil kira ketinggian (sacrosanct) kebebasan kehakiman, Perlembagaan Persekutuan meletakkan standard lebih tinggi terhadap badan siasatan ketika menyiasat hakim.

"Jika dapat ditunjukkan yang siasatan dibuat memiliki tujuan lain, siasatan boleh diketepikan apabila semakan kehakiman (yang mencabar siasatan seumpama itu) dibuat terhadapnya," kata Tengku Maimun.



-Malaysiakini