Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Suri rumah didenda RM1800, buat laporan polis palsu



KUALA PILAH: Seorang suri rumah didenda sebanyak RM1,800 oleh Mahkamah Majistret Kuala Pilah, hari ini kerana membuat laporan palsu kononnya disamun dalam kejadian bulan pada bulan Disember tahun lalu.

Majistret, Saiful Sayoti menjatuhkan hukuman itu ke atas Fatimahtonzura Hassan, 40, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Fatimahtonzura dituduh telah membuat laporan palsu bahawa dia telah disamun di Jalan Ulu Pilah, di sini, oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Balai Polis Tanjong Ipoh pada 18 Disember tahun lalu mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya.


Timbalan Pendakwa Raya, Peh Fong Xi sebelum itu memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran kepada tertuduh kerana telah membuat laporan palsu.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon agar denda dikurangkan memandangkan dia mempunyai lima orang anak dengan tiga daripadanya masih bersekolah, selain hanya suaminya sahaja yang bekerja.

Majistret dalam penghakimannya berkata, kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius yang boleh membebankan anggota perkhidmatan awam serta membuang masa sehingga boleh memberikan keburukan kepada orang lain.

-UTUSAN.