Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Tiada tindakan disiplin, Armand diberi laluan bertanding Ketua Pemuda UMNO


KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Arman Azha Abu Hanifah berkata pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau lebih kepada bersifat untuk menghalangnya daripada bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

“Tuduhan itu yang saya lihat adalah tuduhan yang lebih kepada tidak membenarkan saya bertanding. Satu pertuduhan yang amat amatur. Pertuduhan terhadap pemimpin yang telah masak dengan politik nasional.

“Satu pertuduhan yang bagi saya lembaga disiplin boleh menilai dengan baik, dan lembaga disiplin boleh lihat yang mana benar yang mana tidak.

“Bagi saya, kita serah kepada lembaga disiplin untuk melihat pertuduhan-pertuduhan terhadap diri saya itu sah atau tidak,” katanya pada sidang media selepas bertemu Lembaga DiSiplin UMNO, hari ini.

Arman berkata setakat ini lembaga disiplin tidak menghalangnya daripada bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO dan juga mempertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Subang.


Pada sidang media berkenaan Arman menyerahkan borang bagi mempertahankan jawatan ketua bahagian, manakala borang untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO pula akan diserahkan kepada ibu pejabat parti esok.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan semua pihak supaya bertanding setiap jawatan secara demokrasi dan ‘gentleman’.

Arman ketika sidang media petang tadi


“Bagi saya kalau nak lawan jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia lawan (secara) gentleman. Jangan baling batu sembunyi tangan.

“Dah nak jadi ketua pemuda ni jangan jadi calon yang orang cakap ditaja, tetapi jadilah calon pergerakan Pemuda UMNO Malaysia atas kapasiti keyakinan diri sendiri,” katanya lagi.

Menjawab soalan lain, Arman berkata beliau tidak mempunyai masalah dengan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan begitu juga sebaliknya.

Ini terbukti apabila beliau masih kekal sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

“Bagi saya kalau saya ada masalah dengan presiden, sudah pasti saya seorang ahli MT lantikan akan dipecat atau ditamatkan jawatan itu.

“(Tapi) sehingga mesyuarat terakhir baru-baru ini, saya masih lagi berdiri sebagai ahli MT,” katanya.