Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Zaid Ibrahim umum tanding MKT Umno


KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, membayangkan akan bertanding jawatan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada pemilihan kali ini.

Beliau membuat kenyataan itu dalam hantaran Twitter hari ini.

"Esok saya akan serahkan borang pencalonan untuk bertanding kerusi MKT," katanya tanpa ulasan lanjut.

Zaid mengumumkan menyertai semula UMNO pada 16 September 2022.

Beliau menyertai UMNO pada 2000 dan memenangi kerusi Parlimen Kota Bharu pada 2004.

Zaid kemudian dipecat daripada UMNO pada Disember 2008 ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Presiden UMNO kerana menghadiri majlis pembangkang.


Zaid menghadiri Kongres PKR pada November 2008 sebelum menyertai parti berkenaan dan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor tetapi tewas kepada Barisan Nasional.

Beliau kemudian keluar PKR pada 2010 selepas gagal memenangi jawatan timbalan preiden sebelum menubuhkan parti sendiri, KITA tetapi tidak dilancarkan.

Beliau juga pernah menyertai DAP pada 2017 hingga 2020 dan dilantik sebagai Pengerusi DAP Kelantan.

-Malaysiakini