Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Bersatu kekalkan jawatan Muhyiddin, seperti pendekatan UMNO


KUALA LUMPUR: Seperti pendekatan yang diambil oleh UMNO, parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengambil keputusan untuk mengekalkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Presiden mereka walaupun sedang menghadapi pelbagai tuduhan rasuah dan wang haram di mahkamah.

Menurut kenyataan parti itu, Muhyiddin masih layak untuk terus memegang jawatan itu kerana beliau dipilih menerusi pemilihan tiga tahun lalu. 

Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, semua ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu bersetuju mengekalkan Muhyiddin di kedudukannya.  

“Kita ada mesyuarat nanti dan setakat ini sebulat suara mengatakan kita mahu beliau  kekal sebagai Presiden Bersatu.

“Saya perlu sebut di sini bahawa ini berbeza dengan kedudukan saya iaitu sebagai Ketua Penerangan dahulu, saya memegang jawatan lantikan. Apabila saya dilantik, saya ada tanggungjawab untuk melepaskan jawatan itu.

“Sementara Muhyiddin pula adalah seorang pemimpin yang dipilih oleh ahli-ahli. Mereka ini menuntut supaya Muhyiddin kekal dengan jawatan Presiden,”  katanya ketika ditemui selepas menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan Armada Bersatu di PGRM, di sini, semalam.

/>
Terdahulu, Muhyiddin yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM232.5 juta dan pengubahan wang haram berjumlah RM195 juta menyerahkan kedudukannya sebagai Presiden Bersatu kepada MPT parti itu.

Beliau akan akur dengan sebarang keputusan yang ditetapkan badan tertinggi Bersatu itu.

Dalam pada itu, Wan Saiful berkata, beliau menyerahkan kepada polis untuk menyiasat mengenai perhimpunan solidariti terhadap Muhyiddin di Putrajaya pada Khamis lalu.

 – UTUSAN