Isu Semasa

[Isu Semasa][bleft]

Hiburan

[Hiburan][bsummary]

Dunia

[Dunia][twocolumns]

Jawatan Ketua Puteri, Along dahului persaingan


PETALING JAYA: Datuk Nurul Amal Mohd. Fauzi mendahului persaingan jawatan Ketua Puteri UMNO dalam pemilihan parti itu hari ini berbanding lima calon lain.

Nurul Amal atau lebih dikenali sebagai Along memperoleh 16 undi daripada 191 bahagian diikuti Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Khaidirah Abu Zahar yang mendapat 10 undi.

Tiga lagi pencabar iaitu Exco Pergerakan Puteri UMNO, Dr Masliha Harun; Ketua Puteri UMNO Bahagian Pandan, Wan Noor Akyilah Wan Shapuddin; Exco Puteri UMNO, Fadhwa Anuar dan Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Nurul Hazwani Haslan berada di belakang.

Bagi Wanita UMNO Malaysia, seramai dua calon menawarkan diri bertanding untuk jawatan Pengerusi Tetap manakala Timbalan Pengerusi Tetap (empat calon), Ketua Wanita UMNO (dua calon), Naib Ketua Wanita UMNO (dua calon) dan 61 orang bagi jawatan Exco.


Bagi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pula , seramai tujuh calon menawarkan diri untuk jawatan Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap (12), Ketua (empat), Naib Ketua (empat) dan 113 jawatan Exco.

Pergerakan Puteri UMNO Malaysia menyaksikan dua calon menawarkan diri bagi jawatan Pengerusi Tetap, dua Timbalan Pengerusi Tetap, enam untuk Ketua, tiga Naib Ketua dan 42 calon bagi jawatan Exco.

Pada minggu depan, ditetapkan pemilihan melibatkan jawatan Naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) serta pertandingan pimpinan bahagian. 

– UTUSAN